Friday, July 25, 2008

Selamat Hari Lahir Puan Normah

Pada hari Jumaat bersamaan 25/07/2008 telah diadakan majlis mengejut untuk menyambut harijadi Pn Normah yang ke-*@.En. Wan Hashim Wan Ahmad telah sudi bersama-sama meraikan harijadi tersebut.







Anggota baru di MKA

Encik Wan Hashim Wan Ahmad anggota Faber yang menggantikan En. Sharip Huddin yang bertukar ke HBUK pada 01/07/08.


Encik Wan Hashim Wan Ahmad memperkenalkan diri di perhimpunan MKA Ipoh bulan July 2008

KMK Tempat ke-2 di SUK, bagi Konvensyen KMK sektor awam Negeri Perak

Pasukan MAKESA II telah menyertai Konvensyen KMK sektor awam Negeri Perak pada 24/07/08 & 25/07/08 bertempat di Dewan Banquet Bangunan Perak Darul Ridzuan yang dirasmikan oleh Menteri Besar Perak Dato' Seri Ir. Haji Mohammad Nizar b Jamaluddin.
Dalam Konvensyen tersebut MAKESA II telah berjaya meraih tempat ke-2 bagi kategori TEKNIKAL melalui projek "Mengurangkan Kekerapan Kebocoran Leak Pada Bekas Sampel Untuk Penganalisaan TB di Unit Penyakit Tropika".Tempat pertama telah diraih oleh Jabatan Bomba & ke-3 diraih oleh JKR Batang Padang.Sebelum itu MAKESA II telah memenangi tempat ke-3 peringkat JKN.




Nama Fsalitator:
Dr. Zulhainan bin Hamzah

Nama Ketua Kumpulan:
En. Shaiful Asward bin Yahaya

Nama Ahli:
Cik Hasanatunnur bt Azmi
Cik Mardiyah Zarifah bt Zulkifli
Cik Salbiah bt Muhamad
En. Gubandran a/l Kandasamy
En. Mohd Sabri bin Kamaruddin

Monday, July 7, 2008

Terima Kasih Penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang



Penerima APC terdiri daripada Dr. Zulhainan, Mr. Murugan, Pn. Norenah, Mr. Nazir & Cik Analiza telah bermurah hati menengadakan jamuan makan tengahari untuk semua warga MKA Ipoh.Puan Normah tidak dapat meraikan majlis ini kerana beliau berpuasa.

Friday, July 4, 2008

Salam Perpisahan


En. Sharip akan bertukar ke HBUK pada 07/07/08..Satu perlawanan bolasepak telah diadakan sempena perpisahan ini. Seramai 16 orang anggota telah terlibat termasuklah Dr. Zulhainan. Puan Normah telah sudi menyampaikan cenderahati kepada En. Sharip.

Kata-kata Aluan Pengarah

Assalamualaikum & salam sejahtera...

Laman Blog ini disediakan untuk memberi pandangan segera atau untuk memaklumkan kepada Jabatan untuk apa juga isu - Gunakan dengan baik - Sebarang makluman sila emailkan ke mkaipoh@gmail.com atau hubungi terus pihak Jabatan. Anda juga dialu-alukan untuk memberikan berita terkini, gambar atau video semasa menyertai apa-apa pertandingan, seminar, lawatan & sebagainya sebagai wakil Jabatan untuk dikongsi bersama warga MKAI. Anda juga boleh layari http://mkaipoh.fotopages.com untuk melihat lebih banyak gambar-gambar. Teruskan bersama di http://mkaipoh.blogspot.com

Sekian, terima kasih.